Sabtu, 24 Disember 2016

Nota Kecantikan Diva Solehah


Teks : Intan Anisshuhaial Bt Muhammad Fuad

 

Segala puji-pujian saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana rahmat dan kasihnya, saya masih terus diberi peluang  mencoretkan sesuatu demi kebaikan umah seluruhnya. Pada ketika saya sedang menulis ini, waktu dhuha sedang menyelubungi setiap makhluk Allah yang sedang berjuang mancari sesuap rezeki. Waktu dhuha adalah waktu yang indah, cantik lagi mendamaikan. Rugilah bagi hamba-hamba Allah yang tidak mengambil kesempatan terhadap waktu yang indah lagi mendamaikan ini. Allah itu cantik lagi menyukai kecantikan. Sebagaimana doa yang selalu kita panjatkan dalam ibadah solat dhuha:

 

‘’Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu adalah waktu –Mu dan Keagungan itu adalah keagunagn milik-Mu dan keindahan itu adalah keindahan-Mu, dan kekuatan itu adalah merupakan kekuatan-Mu dan perlindungan itu adalah merupakan perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku  masih di atas langit, maka turunkankanlah. Jika masih di dalam bumi maka keluarkanlah. Jika masih sukar, maka, mudahkanlah. Jika haram, maka sucikanlah. Jika masih jauh maka dekatkankanlah, berkat waktu Dhuha, keangungan, keindahan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-Mu yang soleh’’  (Doa Dhuha)

 

Sememangnya tidak dapat dinafikan naluri untuk cantik merupakan fitrah semula jadi manusia. Namun naluri itu perlu diurus dengan bijak agar ia tidak terpesong dari fitrah semula jadi seorang hamba Allah yang diredhoi-Nya. Nah, di sini saya konngsikan nota kecantikan bagi gadis mahupun wanita yang bercita-cita menjadi DIVA SOLEHAH hasil tulisan Siti Nur Fatimah Hassan :

 

1.       Jadikan ghaddul bashar (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata, in sya Allah pandangan kita semakin jernih dan bening.

 

2.       Oleskan lipstik kejujuran pada bibir, nescaya perkataan kita mampu menyenyuh hati yang mendengar dan mudah difahami.

 

3.       Gunakan pemerah pipi yang diperbuat daripada sifat malu yang dijual di salun iman,kita akan lebih dihormati.

 

4.       Hiasilah kedua-dua tangan dengan gelang tawadhuk dan cincin ukhuwah pada jari-jemari. Insya Allah manusia akan menyayangi kita.

 

5.       Letakkan anting-anting mustami (yang mendengar) dengan taat perintah Allah dan Rasullullah, pasti kita akan semakin berkayakinan dan dipandang tinggi.

 

6.       Gunakan sabun istighfar bagi menghilangkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, nescaya kita akan disenangi.

 

7.       Rawatlah rambut ini dengan jilbab solehah yang mampu menghilangkan kelemumur pada pandangan lelaki yang membahayakan, in sya Allah kita akan lebih bermaruah.

 

8.       Jangan lupa pakaikan kalung kesucian di leher, kita pasti beroleh kemuliaan di sisi Allah dan manusia.

 

9.       Bedakkan wajah dengan wudhuk , agar wajah kita memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandang dan bercahaya di akhirat nanti.

 

Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada kita semua khususnya wanita.

 

**Khas untuk diri sendiri yang ingin tampil persis Diva Solehah (In Sya Allah)
 
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan