Teks : Intan Anisshuhaila bt Muhammad Fuad
Asalammualaikum w.b. t…
Puji dan syukur saya panjatkan kepada pemilik alam semesta
kerana rahmat dan kasih sayangnya kita diberi kesempatan untuk terus menikmati
segala nikmat milik-Nya. Alhamdulillah…
Saudara dan saudari yang disayangi Allah sekalian, tahukah
saudara sekalian? Tatkala kita memiliki limpahan nikmat, berada dalam suasana
selamat, tinggal dalam sebuah keluarga yang bahagia, aman dan sentosa, berapa
ramai masyarakat Islam di luar sana terpaksa berhadapan dengan kemelut dunia
yang penuh kezaliman, penindasan dan hanya menuntut kepuasan nafsu serakah
individu-individu yang berkepentingan. Ya, dunia menyaksikan masyarakat Islam
kita ditindas dengan sewenang-wenangnya tanpa perasaan belas kasihan. Bermula
dengan isu masyarakat palestin dan Rohingnya ditindas dengan penuh kekejaman.
Kini Aleepo di Syiria berada dalam penindasan. Hal ini dapat saya kaitkan dengan
firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :
“ Ingatla ketika
Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
khalifah di muka bumi.” Mereka berkata : “ Mengapa Engkau hendak menjadikan
(khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
menyucikan Engkau?’’ Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang
tidak kamu ketahui.”
Di manakah kita saat ini? Saat saudara-saudara Islam kita
ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya persis binatang buas tanpa belas
kasihan? Di manakah mata kita memandang saat ini? Di manakah telinga kita mendengar
ketika ini? Di manakah tangan dan kaki kita gunakan saat ini? Di manakah
seluruh anggota tubuh badan kita ketika ini? Tepuk dada tanya Iman
masing-masing. Di sini saya ingin kongsikan
hasil tulisan Mufti Menk yang berbunyi:
“ If you’re struggling
with anger and frustration over, you’re not alone. What we are facing now shows
that the Almighty has a bigger plan. He’s in full control. Tell Him you’re losing
hope but keep praying. Each one of us can play our part. Turn your anger &
frustration into something positive”.
Wahai saudara dan saudari sekalian, marilah kita sama-sama
memohon dan berdoa kepada Allah agar saudara seislam kita terselamat daripada
malapekata tentera-tentera durjana laknatullah. Teruskan perjuangan kita
semampu daya LILAHITAA’LA. Jalankan tanggungjawab kita sebaiknya semampunya
kita kerana Allah. Bagi yang mampu boleh terus menderma ke tabung-tabung syiria
dan kepada yang tidak mampu teruskan berdoa, berdoa dan berdoa.
Wallahua’lam…semoga segala yang disampaikan memberi manfaat
kepada kita IN SYA ALLAH.
![]() |
Kanak-kanak Syiria yang tertindas |
![]() |
Negara Syiria yang dizalimi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan