Teks : Intan
Anisshuhaila Bt Muhammad Fuad
Wanita dan
aurat tidak dapat dipisahkan. Ya! aurat kita sangat perlu diberi pehatian. Anda
seorang perempuan? Saya juga perempuan. Kita bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang
perempuan. Allah telah menetapkan aurat perempuan sangat perlu diberi
perhatian. Hal ini kerana kita adalah hamba-Nya yang terpilih. Jadi,
keistimewaan tersebut perlu dipelihara sebaiknya. Apabila semua asas dijaga
dengan baik in sya Allah kita akan matang sebagai wanita yang baik dan solehah.
Wanita yang
baik adalah wanita yang solehah yang akan menjadi isteri dan ibu yang solehah
kepada suami dan anak-anak. Menyebut tentang aurat, ramai dalam kalangan wanita
hari ini yang memandang remeh tentang isu tersebut. Saya pernah bertanya kepada
beberapa orang anak didik perempuan saya tentang aurat. Kebanyakan mereka
memberi alasan menutup aurat itu perlu menjadi seorang yang solehah. Antara
dialog mereka berbunyi begini :
‘ Ala..cikgu saya tak nak la pakai tudung
labuh-labuh sangat, saya ni bukan alim pun..nanti orang panggil saya ustazah,
saya dah la takde ilmu agama. Kalau diorang tanya hukum macam-macam, matila saya
nak jawab’
‘Cikgu,
wajib ke pakai stoking? Kaki aurat ke? Ala..kaki saya mana ade orang nak tengok
pun…’
‘Cikgu, saya
kat luar jer tak pakai tudung, dalam sekolah saya pakai kot…hehe..’
Begitulah
dialog remaja-remaja perempuan hari ini. Isu aurat yang dianggap remeh. Kita
sebagai orang yang lebih tua perlu memainkan peranan dengan bergaul dan
menasihati mereka secara berhikmah. Alangkah sedihnya Nabi Muhammad s.a.w melihat perilaku wanita
masa kini. Sedangkan nabi sendiri mengangkat darjat seorang perempuan pada
kedudukan yang sangat mulia. Segelintir individu mengatakan iman ada di dalam
hati. Maka, ramai jugalah yang tidak suka orang lain mempertikaikan penampilan,
akhlak dan cara hidup mereka. Kata mereka, ‘don’t judge the book by its cover’.
Innalillahiwainnailaihirajiuun.
Sebagai
seorang yang beriman kita tidak sepatutnya menjerumuskan diri kita ke lembah
maksiat. Membuang dan membazirkan masa dengan melakukan dosa adalah ibarat
membuat perancangan masa depan untuk masuk ke dalam neraka. Dosa yang kecil
jika dilazimikan akan menjadi dosa besar yang akhirnya membawa kerugian di
akhirat kelak. Ingatlah! Apa yang kita lakukan hari ini, kesannnya akan
dinikmati berpuluh-puluh tahun kelak. Bersusah-susahlah sedikit agar agar kita
bahagia di kemudian hari.
Di sini saya
ingin memetik kata-kata Pn Ruhana Zaki melaui penulisan beliau dalam bukunya
yang berjudul ‘Kerana Mu Aku Berubah’
‘Anda adalah
hamba-Nya yang terpilih. Jadi, usah sia-siakan keistimewaan tersebut. Aapabila
semua asas Islam telah berjaya disemat dan diamalkan, In sya Allah anda akan
membesar sebagai wanita yang baik yang menjadi pilihan penduduk langit dan
bumi. Berbahagialah menjadi isteri yang solehah, berkat kesabaran membentuk
peribadi mahmudah’
Renungkanlah…jangan
sampai kita muflis di persimpangan jalan. Moga Allah merahmatimu wahai wanita.
Teruskan perjuangan menjadi wanita solehah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan